Siakap Keli

Wanita Bersyukur Dapat ‘Durian Runtuh’, Menang Myvi Lepas Beli Baucar RM90

Benar kata pepatah, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’ Itulah pengalaman kepada Puan Rashidah yang memenangi sebuah kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 selepas menyertai peraduan beli dan menang MYDIN dengan hanya bermodalkan RM90.

Siapa sangka dengan belian e-baucar tunai MYDIN di Shopee melayakkan dirinya menjadi pemenang hadiah utama.

“Alhamdulilah, rezeki dari Allah.

“Saya cuma beli e-baucar tunai MYDIN RM50, nilai yang saya bayar hanya RM45 sahaja. Saya beli dua jadi kos saya cuma RM90.

“Saya masih belum belanja lagi e-baucar tu sebab hanya boleh digunakan mulai 1 September ni, tapi dapat pula kereta baru.”

Bertuah Puan Rashidah, dapat ‘durian runtuh’ dari MYDIN.  Daripada suka-suka nak beli baucar untuk kegunaan perbelanjaan harian, dapat pula rezeki terpijak, sebuah kereta baru.

Disebabkan sambutan yang menggalakkan, MYDIN sekali lagi melancarkan empat kempen eksklusif sekaligus  di MYDIN dengan penawaran hadiah lebih lumayan bernilai lebih RM640,000 termasuk dengan 3 buah kereta Proton X70 untuk dimenangi. Wow, wow, wow.

Nak tahu apa hadiah dan macam mana nak sertai?

MyDebit je dengan MYDIN

Hadiah Utama: 3 x Proton X70 Executive 2WD bernilai RM107,000


MyDebit Je dengan Kad ATM anda di MYDIN dan menang hadiah utama kereta Proton X70 atau hadiah baucar perbelanjaan di MYDIN sehingga 2 tahun. Cara penyertaan MyDebit je dengan MYDIN ni sangat-sangat mudah.

  1. Hanya belanja RM63 dan ke atas dalam satu resit dengan Kad ATM anda sehingga 31 Disember ini.
  2. Ambil gambar resit dan hantar melalui whatsapp di 011-26119785.

Untuk info lanjut, layari https://www.mydin.com.my/…/mydebit-je-dengan-kad-atm-anda-…/

Peraduan Beli & Menang CSR MYDIN


Ini peluang anda untuk memiliki ‘mesin magik’ dari German, Thermomix TM6. Peraduan bermula 15 Ogos sehingga 30 September 2020.
Hadiah Utama: 1 x Thermomix TM6

Peraduan semudah ABC, tapi hadiah-hadiahnya cukup gempak!

  1. Beli mana-mana produk CSR (kecuali CSR Gula Kasar dan Gula Halus) bernilai RM7 dalam satu (1) resit bercetak, dalam tempoh Peraduan dari mana-mana cawangan MYDIN.
  2. Jawab satu soalan: “Gula CSR Better Brown adalah pilihan yang lebih sihat?” Betul atau Salah?
  3. Jawab BETUL atau SALAH <jarak> Nama penuh <jarak> nombor MYKAD 12 angka, dan hantar RESIT PEMBELIAN dalam Tempoh Peraduan dari mana-mana cawangan MYDIN ke 011-6307 1288
    *Pastikan gambar RESIT PEMBELIAN anda mengandungi maklumat lengkap iaitu produk terlibat, nombor resit, harga, nama kedai dan tarikh pembelian.

Untuk info lanjut, layari https://bit.ly/2Fu5n9j

Raikan Ikon Malaysia Bersama Jacob’s Original Cream Cracker

Hadiah Utama: 10 x Jacob’s Merdeka Gold Coin


Beli mana-mana produk Jacobs di MYDIN terdekat anda.Penggemar biskut ‘legend’, cream cracker dari Jacob’s, inilah masanya tebus makanan kegemaran anda kepada hadiah lumayan mulai 1 Ogos sehingga 30 September 2020.

  1. Bergambar bersama wira Malaysia anda yang tersendiri.
  2. Muat naik gambar anda di Facebook atau Instagram dengan kapsyen yang menarik serta hashtag #TheOriginalsMY.

Sempena bulan kemerdekaan ini, mungkin anda ada ‘wira’ sebenar dalam menjadikan Merdeka anda kali ini lebih bermakna. Penyertaan yang paling kreatif, akan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM25,000.

Untuk info lanjut, layari Facebook Jacob’s Malaysia

Jom Rilek Bersama Kit Kat

Hadiah Utama: 320 x RM50 Baucar Tunai MYDIN


Sertai peraduan WhatsApp & Menang eksklusif di MYDIN dengan pembelian RM12 produk Kit Kat. Tempoh peraduan mulai 1 Ogos sehingga 30 September 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/kitkat-whatsapp-menang

Tunggu apa lagi? Kalau belum pergi ‘melawat’ MYDIN tu bolehlah tarik tangan suami, telefon kawan-kawan ajak ‘shopping’ di MYDIN.

Orang kata, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan,’ dah alang-alang suka belanja barang dekat MYDIN, biar sampai dapat kereta Proton X70 sebiji. Orang lain dapat nanti, kita gigit jari je. Tak gitu?

Nur Farra