Seorang anak didakwa membunuh ibu kandungnya yang sudah lanjut usia hanya kerana terlewat menyediakan hidangan makanan untuknya.
Menurut laporan yang dipetik dari Gulf News, kejadian yang mengejutkan seluruh penduduk kampung tersebut berlaku pada Sabtu lalu di sebuah daerah di Samastipur berdekatan dengan timur Patna.
Kata Polis Daerah Samastipur, lelaki tersebut meminta ibunya untuk menyediakan makanan dengan segera kerana dia sangat lapar. Namun, wanita warga emas tersebut mengambil masa sedikit untuk menyediakan hidangan kepada anaknya.
Baca juga atikel di sini.
Secara tiba-tiba lelaki berkenaan marah dan bersikap tidak waras sehinggakan berlaku pertengkaran antara anak dan wanita yang berusia 75 tahun itu sehinggakan berlaku pembunuhan.
Lelaki tersebut bertindak mengambil penggiling dan memukul kepada ibunya, tambah pegawai polis tersebut.
Warga emas tersebut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Gulf News