Siakap Keli
Gambar: Mutyara Beauty

(Video) Terharu Kegigihan Pekerja, Majikan Ni Hadiahkan Kereta

Setiap usaha yang bersungguh-sungguh, pasti akan ada kejayaan manis di penghujungnya.

Begitulah lumrah yang ada dalam banyak hal kehidupan, termasuklah juga dalam dunia pekerjaan.

Kalau sebut pasal dunia kerja ini, yang terbayang dalam kepala kita adalah dua ‘watak’ utama; iaitu majikan dan pekerja.

Anda mesti pernah dengar kan kisah majikan beri hadiah kepada pekerjanya yang cemerlang?

Ada majikan bagi hadiah dalam bentuk wang tunai dan ada majikan bagi hadiah berupa pakej percutian.

Tapi kalau hadiah mewah yang agak besar nilainya macam kereta, selalu tak dengar?

Itulah yang ingin diceritakan dalam perkongsian ini.

Gambar: Mutyara Beauty

Majikan buat kerja ‘gila’ belanja staf kereta mewah

Baru-baru ini, syarikat jus kesihatan terkenal, Mutyara Beauty menggemparkan dunia perniagaan apabila pengasasnya, Tya Arifin membuat kerja ‘gila’ menghadiahkan dua stafnya dengan kereta berjenama Volkswagen.

Hasil kerja mereka yang cemerlang serta mengukuhkan lagi perjalanan perniagaan syarikat, mungkin itu sebabnya mengapa mereka terpilih menjadi insan bertuah.

Justeru, Siakap Keli baru-baru ini berpeluang menemu bual bersama dua staf pilihan tersebut bagi mengetahui sedikit latar belakang mereka serta ‘rahsia’ kejayaannya.

Dari bumi Tok Gajah, ini kisah si gadis perantau hebat

Penulisan ini akan menceritakan kisah inspirasi dari staf pilihan, Nur Alia Shuhada, 25 tahun.

Anak jati Raub, Pahang yang berhijrah ke Selangor dan menetap di Seri Kembangan ini berkhidmat di bahagian eksekutif jualan yang menguruskan usahawan-usahawan Mutyara Beauty.

Gambar: Mutyara Beauty

Ketika ditanya tentang cara bekerja, difahamkan Alia adalah seorang yang mudah ‘masuk’ dengan suasana, apatah lagi jika berurusan dengan pelanggan yang datang ke pejabat mereka, khususnya para usahawan syarikat jamu tersebut.

Sangka baik pada tuhan, kunci utama kejayaan

Dalam masa sama, Alia ada ‘ramuan’ tersendiri bagaimana kaedah menghadapi tekanan kerja.

“Saya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berkongsi luahan dengan rakan sekerja, supaya semua tahu masalah tersebut dan cuba untuk selesaikan.

“Saya bersyukur dapat majikan yang sangat memberi sokongan dan membantu bila kita rasa jatuh. Setakat ini tidak pernah lagi stress yang melampau,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Alia menjelaskan, dia mempunyai visi dan misinya sendiri dalam mendepani titian masa depan kerjayanya di Mutyara Beauty.

“Sudah tentu saya nak bina kerjaya untuk 100 tahun akan datang dengan Mutyara dan bagi manfaat untuk lebih ramai orang, khususnya usahawan Mutyara.

“Dan (juga mahu) jadi staf yang sentiasa komited dengan syarikat,” tambahnya lagi.

Hebatkan personaliti gadis kental ini? Mungkin ia boleh menyuntik inpirasi buat kita semua, lebih-lebih lagi yang bergelar usahawan.

Lelaki pilihan; empat dalam satu

Gambar: Mutyara Beauty

Selain itu, perkongsian oleh seorang lagi staf cemerlang, Amir juga tidak kurang hebatnya.

Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, yang berasal dari Jalan Kebun, Shah Alam ini merupakan pengarah kreatif (creative director) di Mutyara Beauty sejak November tahun lalu.

Jalan kerjayanya di sini bukan ‘kaleng-kaleng’, terdapat empat skop kerja yang dipegang bagi memastikan Mutyara Beauty terus ampuh dalam empayarnya.

Dalam bertugas mereka bentuk pengiklanan di media sosial untuk jenama Mutyara dan Jiwaku, Amir juga turut mereka bentuk design bahan pemasaran seperti buku kecil (booklet), papan iklan (billboard), bunting dan sebagainya.

Dalam masa sama, dia juga menulis skrip untuk drama pendek dan iklan-iklan di Mutyara, selain turut menjadi pengurus kandungan (content manager) untuk media sosial. Hebatkan?

Perancangan rapi

Kata Amir, salah satu prinsipnya dalam perkhidmatan adalah membuat perancangan awal terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu tugasan.

“Dan bila sudah tahu apa nak buat, terus lakukan kerja tersebut dengan pantas dan memastikan setiap hasil kerja adalah berkualiti dan menarik minat orang untuk melihatnya.

“Saya akan susun apa yang perlu didahulukan, apa yang boleh buat dahulu.

“Dan saya sangat sukakan teamwork. Bila bekerja, kami di Jabatan Kreatif akan kerja bersama-sama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan,” katanya kepada Siakap Keli.

Majikan sangat memahami cara kerja

Selain itu, tidak dinafikan bahawa faktor personaliti dan peribadi majikan juga amat mempengaruhi hasil kerja seseorang staf itu dan ini dirasai oleh Amir sendiri.

“Setakat ini, saya sangat suka suasana bekerja di Mutyara kerana mempunyai majikan yang sangat baik dan memahami, mempunyai visi yang jelas dan seorang yang sangat pemurah.

“(Selain itu) rakan-rakan juga sangat supportive antara satu sama lain,” jelasnya.

Difahamkan, sekiranya berlaku sebarang masalah atau memerlukan idea untuk ‘diperah’, semua staf akan bersatu ‘kepala’ memberikan buah fikiran bersama-sama, hatta dari jabatan yang berbeza!

Kenapa terpilih?

Bagi Amir, setiap staf di Mutyara Beauty adalah sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam kerja masing-masing, selain turut membantu menaikkan syarikat bagi menolong lebih ramai insan.

“Mungkin rezeki kali ini, Allah dahulukan kepada saya (hadiah) dan saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana meletakkan saya di dalam sebuah syarikat yang sangat bagus dan mempunyai visi yang jelas,” katanya lagi.

Gambar: Mutyara Beauty

Bersedia galas tanggungjawab lebih besar pada masa depan

Sanggup memikul amanah di bahu demi fokus mencapai kejayaan adalah ciri-ciri manusia yang berjaya dalam hidup.

Begitu juga Amir, dia bersama rakan sekerja tekad untuk merancang pelbagai strategi dan melakukan apa juga tindakan yang sepatutnya demi mencapai misi syarikat.

“Perancangan pada masa depan adalah syarikat akan memberikan tanggungjawab yang lebih besar untuk saya menaikkan syarikat supaya dapat membantu lebih ramai orang lagi di luar sana,” jelasnya.

Di bawah ini adalah sedutan rakaman video ‘prank’ yang dibuat oleh Puan Tia.

Begitulah sedikit-sebanyak perkongsian oleh dua insan hebat ini. Sangat menarik kan?

Boleh jadi niat ikhlas mereka untuk membantu menggerakkan lagi Mutyara Beauty akan membina profil diri mereka yang lebih berkualiti untuk akan datang.

Manalah tahu, 10 tahun lagi, mereka pula akan menjadi majikan untuk syarikat sendiri dan turut ‘ada rezeki’, mereka pula bagi hadiah untuk staf cemerlang yang terpilih.

Hah, anda nak tak dapat hadiah kereta juga?

Orang kata, tidak syoklah kalau kita kaya dan berjaya seorang-seorang, kan?

Mutyara Beauty sebenarnya ada membuka peluang kepada anda untuk turut serta bersama mereka di sini.

Anda semua dipelawa untuk menjadi salah seorang ejen atau stokis di Mutyara Beauty.

Untuk makluman, Mutyara Beauty menjanjikan hadiah istimewa berupa sebuah kereta mewah berjenama Mercedes model E200 untuk top stokis yang terpilih!

Manalah tahu, ‘berkat’ anda rajin berusaha cari pendapatan sendiri di samping membantu syarikat, satu hari nanti anda pula berpeluang menjadi penerima hadiah kereta bertuah itu?

Dan untuk pengetahuan anda, sudah ramai ejen dan stokis yang sudah ‘pecah rekod peribadi’ membeli rumah dan kereta dengan hanya menjadi warga Mutyara!

Justeru, jika berminat, anda boleh terus klik ke pautan https://bit.ly/2EvGLNi untuk maklumat lanjut.

Apa-apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Alia dan Amir atas anugerah yang dicapai setakat ini.

Semoga ia menyuntik semangat mereka berdua untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang demi empayar Mutyara Beauty. – SK

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'