Siakap Keli
Gambar: Ebit Lew

“Ada Rakaman CCTV, Dua Lelaki Pakai Helmet” Ustaz Ebit Lew Sedih Elewsmart Sg.Buloh Dipecah Masuk

Berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan, usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dengan membuka Elews Mart wajar dipuji.

Pun begitu, menerusi kiriman terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih apabila Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk.

Menurutnya, kejadian itu telah berlaku pada 3.30 pagi ini. Melalui rakaman CCTV, dapat dilihat dua orang lelaki memasuki pasar raya berkenaan dengan memakai helmet.

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Peti besi kena angkat. Dengan curi susu-susu dan coklat-coklat.

Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew

Gambar Via Ebit Lew

Sumber: Ebit Lew

Sofea

Iqra'.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.