Siakap Keli
Gambar Via Atikah Zaini

Wanita Ini Sampai Tangan Cedera Dakwa Bergelut Dengan Dua Peragut, Cermin Kereta Pun Dipecahkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, jenayah ragut sememangnya sering berlaku dan kebanyakan mangsanya adalah golongan wanita. Lebih membimbangkan, jenayah tersebut turut menyasarkan  wanita yang memandu kereta bersendirian.

Keadaan ini dialami oleh seorang pengguna Twitter, Atikah Zaini, yang berkongsi detik cemas dakwa dirinya bergelut dengan dua orang peragut.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di kawasan Ampang  pada petang semalam itu menyaksikannya berjaya menarik beg tangan dari peragut tersebut namun beg itu juga koyak kerana pergelutan di antara mereka.

Dia juga menyedari bahawa peragut-peragut tersebut telah memerhatikannya semasa berada di lampu isyarat.Tambahnya lagi, terdapat 3 kes ragut yang dilaporkan pada hari yang sama. Atikah mengingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati.

Sumber: Atikah Zaini

Sofea

There's always another side to every story