Siakap Keli

Cristiano Ronaldo Kena ‘Sound’ Dengan Seorang Wanita Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Stadium

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan UEFA Nation League diantara pasukan Portugal menentang finalis Piala Dunia Russia 2018 iaitu Croatia. Dalam perlawanan terebut, Portugal mencatat kemenangan 4-1.

Cristiano Ronaldo yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal tidak turun beraksi awal pagi tadi dan hanya duduk di kerusi penonton dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Ketika perlawanan berlangsung, Ronaldo ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan stadium kerana tidak memaki pelitup muka yang menjadi Prosedur Operasi Standard untuk berada di dalam stadium.

Tanpa banyak alasan, Ronaldo terus capai pelitup muka disebelahnya dan memakai dengan cara yang betul bagi mematuhi SOP stadium. Ronaldo kini beraksi untuk pasukan Juventus di liga Serie A Itali dan menjadi juara liga untuk musim 2019/2020.

Sumber: Esporte Interativo 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)