Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan telah dirogol dan dibunuh di India gara-gara persaingan yang terjadi antara keluarga, lapor Daily Mail.
Ini adalah kejadian kali ketiga yang dicatatkan berlaku di daerah Lakhimpur Kher, Uttar Pradesh, India, dalam masa 20 hari.
Dalam kejadian terbaru yang menimpa kanak-kanak itu, dia telah dilaporkan hilang sejak dari hari Rabu, dan telah ditemui berhampiran dengan kampungnya di daerah Lakhimpur Kher, Uttar Pradesh.
Seorang lelaki dari kampung kanak-kanak itu tinggal telah dilaporkan ditahan berdasarkan aduan daripada ayah mangsa.
Menurut Daily Mail, bapa kepada kanak-kanak itu telah menuduh bahawa lelaki terbabit telah bertindak menculik dan membunuh anak perempuannya kerana pergaduhan lama yang terjadi.

Suspek telah ditangkap selepas polis membentuk empat pasukan bagi mencarinya.
Mangsa dipercayai telah ditemui di ladang pada hari Khamis hanya 1,600 kaki sahaja dari rumahnya dan polis menyatakan bahawa mangsa telah diperkosa dan dicekik sehingga mati.
Ini adalah kes bunuh dan rogol kanak-kanak bawah umur ketiga yang telah terjadi di daerah ini dalam masa 20 hari.
Daerah Lakhimpur Kheri baru-baru ini telah menjadi tajuk utama berita-berita kerana dua kejadian yang seumpama itu.
Seorang gadis berusia 17 tahun, yang keluar daripada rumahnya untuk melengkapkan permohonan biasiswa, telah ditemui mati berhampiran dengan kampungnya.
Mayat remaja yang dicacatkan itu telah dilaporkan ditemui berhampiran dengan sebuah kolam yang telah kering hanya 200 meter dari kampungnya.
Menurut Daily Mail, mangsa disyaki telah dirogol dan dibunuh.
Tidak lama sebelum itu, seorang gadis berusia 13 tahun juga telah dirogol dan dibunuh di daerah yang sama.
Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas pergi ke ladangnya. Mayat mangsa telah dijumpai oleh keluarganya di sebuah ladang tebu ketika mereka sedang mencarinya.
Sumber: Daily Mail