Dalam melayari kehidupan ini, setiap orang pastinya akan sentiasa dihujani dengan pelbagai dugaan yang terkadang sangat sukar untuk dihadapi.
Tidak semua orang dikurniakan dengan harta dan wang yang melimpah ruah. Ada yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki sejak dari kecil lagi.
Sama dengan kisah yang dikongsikan oleh Rhmadii di laman Instagram. Melalui kirimannya, dia berkongsi mengenai seorang kanak-kanak yang setiap hari berpanas mencari rezeki dengan memakai kostum maskot dan menghiburkan orang ramai.
Setiap hari, kanak-kanak yang bernama Rehan itu akan bangun pada awal pagi agar dapat menghiburkan orang ramai yang bekerja di pejabat dan penduduk di sekitar jalan Gatot Subroto.
Menurut kanak-kanak itu, keputusannya untuk menjadi penghibur jalanan adalah disebabkan oleh keadaan kewangan yang dihadapi olehnya. Dengan memakai maskot tersebut, ia akan memenuhi keperluan hariannya dan keluarga.
Ibunya yang melakukan pelbagai pekerjaan hanya mampu mengumpulkan wang untuk membayar sewa rumah. Jika ada rezeki lebih, wang tersebut akan diasingkan untuk membiayai persekolahannya.
“Wangnya agak banyak. Boleh buat beli nasi bungkus untuk dibawa pulang ke rumah,” katanya.
Saat ditanya apakah dia dan ibunya selesa dengan pekerjaan mereka itu, dia mengaku bahawa sangat suka dapat membantu memberikan wang tambahan kepada ibunya.
Sumber: rhmadii_