Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penjagaan haiwan peliharaan memerlukan komitmen yang tinggi. Seekor kucing bukan sekadar memerlukan makanan dan minuman, malah ia juga perlu dimandi serta dirapikan.
Dalam perkongsian sebuah pusat penjagaan kucing di Singapura, Furries Inc Cat Grooming, tular gambar seekor kucing spesies berbulu panjang dan tebal yang tidak terurus.
Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan bulu-bulu kucing itu bergumpalan sesama sendiri sehingga tampak ‘keras’. Malah, kuku kucing berkenaan juga tidak dipotong sehingga menjadi panjang melengkung.
Menurut Furries Inc, kucing itu dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun.
Kata mereka, kebiasaannya, seekor kucing perlu dimandi, dipotong kuku dan dibersihkan telinga sekurang-kurangnya sebulan sekali.
“Jika tiada masalah kulit, sekurang-kurangnya sebulan sekali pun sudah baik. Antara waktu tersebut, pemilik boleh gunakan mandian kering seperti serbuk dan penyembur untuk nyah jangkit terutamanya di kawasan telapak kaki dan kawasan punggung.
Namun jika ada jangkitan kurap atau parasit, bulu kucing perlu dicukur. Selain itu, pemilik juga disarankan memandikan kucing dijangkiti seminggu sekali sehingga masalah tersebut berjaya diatasi, kongsi mereka.





