Siakap Keli
Gambar: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Isyak Di Masjid

Meninggal dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah dituntut oleh semua umat Islam.

Masakan tidak, itulah saat terakhir kita berada di dunia ini sebelum ‘berhijrah’ ke alam seterusnya.

Kalau baik pengakhirannya, maka Insyaallah baiklah perjalanan seterusnya dan jika buruk pengakhirannya..Nauzubillahi min zalik.

Salah satu kematian husnul khatimah yang paling dimuliakan adalah meninggal dunia dalam solat.

Begitulah juga seperti yang terjadi di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi baru-baru ini.

Gambar: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi
Gambar: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

“Langit kirmizi menghantar dirimu..menuju jalan pulang..hari-hari indah bersama..”

Seorang ahli jemaah, Haji Abdul Latif, 75 tahun, ditakdirkan ‘gugur’ dan kembali ke Rahmatullah malam semalam setelah jatuh tidak sedarkan diri ketika dalam rakaat kedua/ketiga solat Isyak.

Lebih menyentuh hati, difahamkan arwah merupakan seorang ahli jemaah tegar di masjid tersebut.

Mengikut kenyataan di laman Facebook rasmi masjid itu, solat jenazah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Gambar: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

Sangat beruntung bagi arwah kerana ‘berpeluang’ menghadap Ilahi ketika dalam solat.

Semoga peristiwa kematian ini memberi pengajaran untuk kita semua agar sentiasa menjaga dan memelihara solat, agar satu hari nanti kita juga beroleh kemuliaan kembali ke Rahmatullah dalam solat.

Dan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Gambar: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

Sumber: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.