Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: 45 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 44 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini

Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19 hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes yang telah pulih. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9, 167 kes.

Menurutnya, kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 45 kes dengan 44 kes tempatan dan 1 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9, 628 kes dengan 333 kes aktif. Sebahagian besar kes hari ini dari Kluster Benteng di Sabah dengan 40 kes. Kluster Sungai dan Telaga juga ada kes baharu.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah kekal sebanyak 128 kes bersamaan 1.33% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa