Siakap Keli

(Video) Rakaman Didakwa Papar ‘Kelibat Putih’ Bikin Bulu Roma Meremang

Satu rakaman yang memaparkan kemunculan kelibat putih telah menarik perhatian warganet.

Menurut pengguna Reddit yang memuat naik video berkenaan, kamera pengawasan yang dikatakan berada di rumah rakannya yang terletak di Mansfield, England didakwa berjaya merakam kemunculan sosok kelibat putih itu.

Sosok putih itu didakwa muncul secara tiba-tiba di sebuah sudut yang gelap dan terus hilang daripada pandangan kamera.

Pun begitu, warganet tampak tidak mudah percaya dan memintanya untuk memuat naik video lain berkenaan dengan insiden itu.

Namun dia tidak dapat memberikannya kerana dakwanya kamera tersebut hanya akan mula merakam sekiranya kamera tersebut mengesan pergerakan.

Disebabkan oleh itu, kamera tersebut hanya berjaya merakam dalam masa yang singkat sahaja.

Seorang pengguna Reddit lain pula menyatakan bahawa kamera pengesan pergerakan itu selalunya tidak merakam secara terus selepas mengesan pergerakan. Ianya hanya akan memulakan rakaman apabila subjek berada dalam pandangan kamera tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada ianya kelibat makhluk halus atau pun tidak, namun seorang lagi pengguna Reddit menyatakan bahawa jika ianya adalah orang, sudah pasti anjing yang berada di sofa rumah itu akan berlari melompat ke arah kelibat tersebut.

Namun begitu, anjing berkenaan hanya menoleh ke tempat lain dan ianya membuatkan video tersebut boleh dipercayai, dakwanya.

Video yang berdurasi selama 4 saat itu telah menjadi tular, dan setakat ini ianya telah dikongsikan lebih 3 ribu kali oleh warganet.

My buddy got an alert on his home security cam. Mansfield, Ma from Ghosts

Sumber: Reddit

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.