Siakap Keli
foodbank ebit lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew

“Ambil Je, Percuma Tak Kira Agama Atau Bangsa”, Ustaz Ebit Sediakan “Food Bank” Pula Untuk Yang Memerlukan

Selepas berjaya membuka 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor, kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan.

Kongsi ustaz Ebit Lew, FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama.

Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada FoodBank.

Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Percuma jer. Tanpa mengira bangsa dan agama.

Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.

Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

Pernah sekali masa kerja orang selit RM2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu.

Semoga Allah permudahkan semuanya.

-Ebitlew
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
FoodBank
Take What You Need
Give What You Can

“Ambil apa yang perlu, beri apa yang mampu.”

Berikut merupakan 10 cawangan Elewsmart yang boleh anda kunjungi.

  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Sg. Buloh
  5. Balakong Cheras
  6. Shah Alam
  7. Damansara
  8. Prima Gombak
  9. Gombak Traders
  10. Subang Perdana

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.