Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Polis menahan 59 individu termasuk pelajar sekolah menengah yang menghadiri parti liar di sebuah kondominium mewah di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada 2 pagi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Dang Wangi, berusia lingkungan 14 hingga 23 tahun.
“Seramai 44 lelaki dan 15 perempuan ditahan (dalam serbuan itu) dan 27 daripada mereka di bawah umur.
Beliau berkata dua pelajar kolej dan seorang pelajar sekolah menengah adalah antara mereka yang positif dadah.
“Semua individu yang ditahan itu, kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Mohd Fahmi.
Katanya mereka juga masing-masing dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.8) 2020.
Sumber: BERNAMA