Siakap Keli

“Bukan Main Sebat Ja”, 4 Cara Pakai Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain’ & Maksud ‘Disebaliknya’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kain batik adalah pakaian ‘tradisi’ kaum wanita sejak zaman-berzaman, khususnya bagi masyarakat di Nusantara.

Jika di Malaysia pula, umumnya kain batik sering dipakai di semua peringkat umur wanita, dari remaja, dewasa hinggalah ke warga emas.

Namun, betulkah cara pemakaian kain batik yang kita amalkan selama ini?

Tahukah anda, sebenarnya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza maksud dan tujuannya.

Ikuti penjelasan oleh seorang wanita peminat tegar kain batik bernama Siti Izwana Shaikh Ismail ini.

Gambar sekadar hiasan. Gambar: Google

Ada orang tanya aku, kenapa aku kisah sangat dengan kepala kain batik.

Mana kepalanya, mana pulak kakinya. Aisshhh, hampa tau dak kain batik ni ada cara nak pakai. Bukan main sebat jaa.

Salah pakai, hampa bawak maksud yang salah nanti, bahayaa. 

(Tapi aku yakin amat, zaman la ni orang tak tau pun apa maksudnya)

Anyway, ini maksud-maksud kalau hampa pakai kepala kain tu:

Belakang = isteri orang

Depan = anak dara

Kiri = balu

Kanan = wanita bercerai hidup

Kepala kain tu yang mana?

Ni, hat ni.

Gambar: Siti Izwana Shaikh Ismail

Yang mana anak dara, yang bujang tuuu, jangan dok gatai pi pakai belakang pulak, satgi gaduh la orang tak mai meminang.

Dapat sesuatu?

#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai

Sumber: Siti Izwana Shaikh Ismail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.