Siakap Keli
Gambar: Google

PKPD Pentadbiran Aman Jaya: Zon Kenanga & Mawar Tamat Tengah Malam Ini, Zon Melor Dilanjut Hingga 27 Sept

PUTRAJAYA, 13 Sept – Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Kenanga dan Zon Mawar di Aman Jaya, Kedah ditamatkan berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan penamatan tersebut berikutan tiada lagi kes positif COVID-19 yang direkodkan di Zon Kenanga, manakala hanya satu (1) kes direkodkan di Zon Mawar dan telah pun dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Bagaimanapun, PKPD Secara Pentadbiran bagi Zon Melor akan disambung bermula 14 hingga 27 September ini ekoran 12 kes positif COVID-19 (dikesan) pada saringan kali kedua.

“PKPD ini melibatkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.

“Semua penduduk yang terlibat diminta untuk beri kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'