Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar sekadar hiasan

Hanyut Lebih 24 Jam Di Langkawi, Dua Pemancing Akhirnya Ditemui Di Pantai Pasir Panjang Di Thailand

Sha Rossa

LANGKAWI, 14 Sept (Bernama) — Dua pemancing yang hilang di perairan Teluk Yu, dekat sini, pada petang Sabtu, ditemukan selamat di Pantai Pasir Panjang, Thailand, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata terdahulu pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan bot dinaiki Nor Aishah Musa, 31, dan Bhon Heng Sang, 32, pada 12.10 malam Sabtu.

Beliau berkata susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Kedah dan Perlis telah mengaktifikan operasi CARILAMAT untuk mengesan kedua-dua pemancing warga tempatan itu.

“APMM telah mengatur gerak sebuah bot Petir dan Kapal Maritim (KM) Siangin untuk melaksanakan pencarian dibantu oleh aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) melibatkan sektor pencarian seluas 47.2 batu nautika persegi.

“Kira-kira jam 9.30 malam tadi, kami menerima laporan daripada pihak polis mengenai penemuan mereka berdua di Pantai Pasir Panjang, Thailand oleh nelayan negara itu selepas hanyut akibat kehabisan minyak selain enjin bot mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zawawi berkata APMM telah mengatur urusan penghantaran pulang mangsa dengan bantuan nelayan dari negara jiran itu di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Tanjung Kemarong, Langkawi, pagi tadi.

“Mereka berdua telah selamat dibawa ke Jeti Tanjung Rhu 12.10 tengah hari tadi dan telah dibawa untuk menjalani saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Hangat sebelum diserah kepada waris masing-masing,” katanya.

Mohd Zawawi berkata APMM sebagai agensi peneraju operasi CARILAMAT di laut menyeru kepada seluruh komuniti maritim supaya sentiasa berwaspada, menitik berat soal keselamatan ketika berada di laut semasa melakukan sebarang aktiviti serta memastikan peralatan keselamatan sentiasa mencukupi dan dalam keadaan baik.

“Komuniti maritim boleh melaporkan tentang sebarang penemuan di laut atau di persisir pantai kepada pasukan penyelamat menerusi talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 dan 04-966 5307,” katanya.

— BERNAMA