Siakap Keli
Gambar Via ANI

“Saya Ambil Masa 30 Tahun,” Lelaki Dakwa Gali Tanah Seorang Diri, Buat Terusan Untuk Sumber Air Di Kampungnya

Seorang lelaki dilaporkan sanggup menggali terusan sepanjang tiga kilometer untuk mengalihkan air hujan yang turun dari bukit berdekatan ke ladang di kampungnya di Kothilawa, daerah Lahthua di Bihar, lapor India Times.

Dia dilaporkan mengambil masa selama 30 tahun untuk menggali terusan itu.

“Saya mengambil masa selama 30 tahun untuk menggali terusan ini yang membawa air ke kolam di kampung,” kata Laungi Bhuiyan.

“Selama 30 tahun yang lalu, saya akan pergi ke hutan berdekatan untuk memelihara haiwan ternakan dan menggali terusan tersebut. Tiada siapa yang menyertai saya, kebanyakan penduduk kampung telah pergi ke bandar untuk mencari rezeki namun saya tetap memutuskan untuk tinggal di sini,” katanya.

Perkampungan ini telah ditanda sebagai tempat perlindungan bagi kaum Maois dan dikelilingi oleh pergunungan dan hutan yang lebat. Ia terletak hampir 80 kilometer dari daerah Gaya.

Menurut penduduk tempatan, lelaki ini telah menggali terusan ini selama 30 tahun.

“Dia menggali terusan selama 30 tahun terakhir secara sendirian. Ini akan memberi manfaat kepada sebilangan besar haiwan dan juga untuk perairan di ladang. Dia tidak melakukannya untuk kepentingan sendiri tetapi untuk seluruh daerah,”

Sumber: India Times

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa