Siakap Keli
Gambar: KELSS

“Hanya Bergantung Pada Susu Khas…” Hidap Masalah Paru-Paru Kronik, Adik Danial Rizqin Perlukan Bantuan

Dalam kehidupan ini, tidak semua orang dikurniakan dengan kesenangan yang melimpah ruah. Akan sentiasa ada ujian yang menanti termasuk dari segi kewangan atau kesihatan.

Seperti yang dialami oleh anak kecil ini yang menghidap masalah paru-paru dan saraf. Adik Danial Faiz Rizqin Hasanin yang berusia tiga tahun tujuh bulan kini terlantar dan hanya bergantung pada susu khas menggunakan mesin dan disalurkan ke tiub yang dipasang di bahagian perutnya.

Menurut perkongsian Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di Facebook, tabung untuk membantu adik Danial Faiz telah dilancarkan dan sebanyak RM5, 992 diperlukan untuk membeli bekalan susu dan lampin pakai buang serta untuk rawatan.

Pelancaran
TABUNG UNTUKMU SAYANG
– Adik Rizqin

Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan tabung untuk adik Rizqin bagi membantu membekalkan barangan keperluan khasnya termasuk susu,beg susu,lampin dan kos ulang alik ke hospital.

Mereka yang ingin berkongsi rezeki membantu adik Rizqin boleh salurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibunya,
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Pertanyaan melalui WhatsApp ,
tekan www.wasap.my/60179404640/Rizqin

Melor , Kelantan
Adik Danial Faiq Rizqin Bin Hasanin berusia 3 tahun 7 bulan ini menghidap masalah paru paru dan saraf, terlantar dan hanya bergantung pada susu khas menggunakan mesin dan disalurkan ke tiub yang dipasang dibahagian perutnya.

Ibunya Norliyana Atikah seorang surirumah juga ibu tunggal ketika ditemui oleh kru kami di rumah neneknya di Kg Padang Bemban dekat sini berkata, kos keperluan khas anaknya itu mencecah RM1,000 sebulan termasuk susu khas, beg susu, lampin dan kos pengangkutan untuk rawatan susulan atau temu janji.

Pihak JKM turut meringankan beban adik Rizqin melalui elaun bulanan RM350 sebulan, manakala klinik kesihatan daerah pula membekalkan setin susu setiap bulan.

SETELAH tabung ini mencecah sasaran dan selepas selesai proses pembelian, tabung akan diserahkan dalam bentuk berikut ,

1) Setengah tahun bekalan susu khas ‘Pediasure 1.6kg’
2 tin sbln x 6 bln x RM165 = RM1,980

2) Setengah tahun bekalan beg susu
1 kotak sbln x 6 bln x RM470 = RM2,820

3) Setengah tahun bekalan lampin ‘Drypers’
1 pek sbln x 6 bln x RM32 = RM192

4) Bantuan kewangan ‘One-Off’ untuk ulang alik rawatan .RM1,000

Jumlah sasaran RM5,992.

Ikuti laman rasmi kami untuk perkembangan tabung ini serta aktiviti aktiviti lain sebelum dan akan datang.

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa