Siakap Keli

(Video) Duta Besar Perancis Ke Malaysia Belanja Dua Rangkap Pantun, Fasih Berbahasa Melayu

Duta Besar Perancis ke Malaysia Frédéric Laplanche, mencuri perhatian ramai apabila berpantun dengan petah dan fasih untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada rakyat negara ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh Twitter France in Malaysia, beliau menuturkan dua rangkap pantun yang dikatakan diajar oleh gurunya.

”My teacher of Bahasa Malaysia, taught me this pantun.

”Hari ini bertanam jagung, hari esok bertanam serai, hari ini kita berkampung, hari esok kita bercerai.

”Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, tahun depan berjumpa lagi.

”I will keep this country in my heart, the relations between France and Malaysia will continue to grow and bloom and that makes me happy.

”Thank you all for your support, terima kasih semua,” katanya.

Rata-rata warga Malaysia yang membanjiri ruangan komen turut mengucapkan terima kasih kepada beliau dan memuji kepetahan beliau dalam berpantun.

Malah, beliau kedengaran seperti seorang Malaysia kerana pantun yang dituturkan tidak mempunyai ‘slang’ Perancis. Hebat!

Heartwarming

Selamat jalan Tuan Ambassador

Pantun dia takda ‘slang’ pun, hebat!

Sumber: Twitter @FRinMalaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.