Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 62 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini.
Daripada jumlah berkenaan, 61 merupakan kes penularan tempatan yang melibatkan 41 kes warganegara dan 20 kes bukan warganegara.
Manakala 1 kes merupakan kes import.
Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu 60 kes, termasuk 48 kes dari Kluster Benteng LD dengan 4 kes petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu.
Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing mencatat satu kes.