Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: Kes Baru Melonjak 62 Kes Hari Ini, Termasuk 56 Kes Tempatan

PUTRAJAYA, 7 Sept – Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 62 pertambahan kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini meningkat kepada 9,459 kes, bersamaan 207 kes aktif dalam masa sama.

Daripada 62 kes baharu tersebut, 56 daripadanya merupakan kes tempatan melibatkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.

Manakala hanya enam (6) kes import yang dicatatkan.

Berdasarkan tweet oleh KKM, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.

Sumber: KP Kesihatan