Siakap Keli

(Video) Gelagat Kucing ‘Hempas’ Badan Sendiri Sebab Bodek Tuan Nak Keluar Rumah

Seperti ramai yang tahu, kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat comel dan digemari ramai kerana sifatnya yang ‘nakal’ dan menghiburkan.

Kalau korang merupakan salah seorang pencinta kucing, mesti ada yang perasaan di mana perangai kucing ini berbeza-beza. Ada yang jenis lincah, ada yang jenis malas dan ada yang nakal seperti ‘oyen’.

Tetapi lain pula yang terjadi pada seekor kucing peliharaan pemilik Twitter Frdsh ini menghiburkan ramai. Nama yang diberi Mukhsin ini semememangnya sangat ‘nakal’ tetapi menghiburkan.

“Kau ni Mukhsin nak bodek keluar rumah tu takyah nak dramatic sangat lah hempas-hempas badan macam kambing tu.”

Korang boleh lihat sendiri dalam video yang dikongsi ini menunjukkan gelajat lucunya yang ingin keluar rumah mendapat perhatian ramai apabila gaya tang dilakukanya itu seperti video seekor kambing yang tular di media sosial.

 

Sumber: Frdsh

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang