Siakap Keli

(Video) Taufan Sally Dijangka Membawa Hujan Lebat, Banjir ‘Bersejarah’ Yang Boleh Mengancam Nyawa

Taufan Sally  kembali menggegarkan dengan ribut kategori ke-2 pada awal hari Rabu yang dijangka akan membawa hujan lebat dan ‘banjir yang mengancam nyawa’ dari Louisiana tenggara ke Florida Panhandle.

Hujan lebat yang berlaku itu dikatakan boleh mengakibatkan banjir kilat bersejarah. Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), taufan itu akan membawa angin kencang berkelajuan kira-kira 165 km sejam dan menjadikan kawasan pantai Alabama, Mississippi dan Florida antara yang akan terkesan.

Menurut laporan, Sally akan menjadi badai yang kelapan yang membuat pendaratan di benua AS tahun ini dan yang paling banyak dalam sejarah  melepasi tujuh ribut pada tahun 1916.

Weather Channel turut melaporkan sebanyak sekurang-kurangnya 750,000 kediaman di Alabama dan Florida telah terputus bekalan elektrik sejak semalam dan beberapa kawasan mulai dinaiki air.

Sumber: USA Today

Nur Farra