Siakap Keli
Gambar Via Bernama

219 Tahanan Lari Dari Penjara Di Uganda

ABUJA, Sept 17 — Sekurang-kurangnya 219 tahanan melarikan diri daripada penjara di timur laut Uganda, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Banduan menanggalkan pakaian seragam penjara dan melarikan diri tanpa berpakaian.

Jurucakap tentera dalam satu kenyataan menyatakan setakat ini dua tahanan ditangkap dan dua terbunuh.

Seorang pengawal dilaporkan dibunuh oleh tahanan, yang melarikan diri dengan 15 senapang.

Usaha sedang dijalankan untuk menangkap banduan yang melarikan diri, kata pegawai.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story