Siakap Keli
Kredit: Rocksaigon81

(Video) Detik Cemas, Dua Lelaki Lari Tinggalkan Motosikal Gara-gara Dikejar Gajah

Pertembungan empat mata dengan haiwan gergasi bernama gajah ini pastinya menakutkan. Silap percaturan, kita boleh menjadi mangsa injakan kakinya yang boleh mematahkan tulang belulang.

Dengan berat purata sekurangya 2 tan bagi gajah dewasa, ia boleh merosakkan hampir apa sahaja di depan mata.

Baru-baru ini, tular video dua orang lelaki berhadapan seekor gajah di sebuah jalan kecil di lokasi yang tidak diketahui.

Dalam video berkenaan, kelihatan mereka yang sedang menunggang motosikal seakan teragak-agak ketika bertembung haiwan tersebut.

Melihat si gajah yang mara ke arah mereka, kedua-dua pemuda itu kemudiannya lari meninggalkan motosikal sebelum gajah ituĀ mengubah laluan ke dalam semak.

Sumber: Makassar Info

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.