Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Makanan Masih Di Mulut, Gelagat Anak Kucing ‘Tamak’ Tak Mahu Kongsi Makanan Buat Ramai ‘Geram’

Bila bercakap tentang kucing, pastinya ia tidak akan pernah habis. Ada sahaja keletah yang akan membuatkan manusia di sekeliling ‘geram’ dengan mereka.

Hampir setiap hari, pasti akan ada video atau gambar kucing yang berlegar di media sosial tidak kira sama ada di luar negara atau dalam negara.

Termasuk video yang telah tular baru-baru ini. Dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, video itu menyaksikan sekumpulan anak kucing comel sedang makan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila seekor anak kucing yang berwarna putih dilihat seakan-akan gelojoh semasa makan dan sedang melindungi makanan daripada dimakan oleh anak kucing lain.

Kucing tersebut dilihat sanggup memijak makanan agar kucing yang lain tidak dapat memakannya. ‘Sifat tamaknya’ itu telah membuatkan warganet terhibur dan geram.

Sumber: bujibu_chempel

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa