Siakap Keli
Gambar: Ustaz Ebit Lew

“Terima Kasih Bapa Besarkan Anak-anak..” Ustaz Ebit Lew Sambut Hari Lahir Ayah Tercinta

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyambut ulang tahun kelahiran ayahnya pada tarikh 17 September semalam.

Beliau hari ini berkongsi sedikit ucapan dan cerita suka-duka ayahnya sepanjang membesarkan dan menjaga mereka sekeluarga.

Dalam masa sama, cerita ‘sweet’ antara ayah dan arwah ibunya juga turut dikongsikan buat inspirasi kita semua.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Selamat hari lahir bapaku yang tercinta. 17 September. Berkat doa bapak. Dari kecil kami tak sambut sangat hari lahir bapa. Sebab dulu-dulukan.

Terima kasih bapa besarkan anak-anak. Bapa yang dulu-dulu garang dan pendiam dengan anak-anak.

Kerja kuat dan mencintai mak. Setiap hari kasih sayangnya. Makan mesti berdua dengan mak.

Takkan makan seorang diri. Sanggup dari Pahang ke KL tak makan sebab mak takde sekali. Tunggu nak makan dengan mak.

Bila makan berbual berdua setiap hari. Siram bunga sekali. Sama-sama teman masak.

Sampai saya fikir macam manalah bapak saya nak hidup tanpa mak. Mak tanpa bapak. Takut fikir masa tu.

Cinta itu buat kami semua belajar kasih sayang dan menghargai isteri. Menghargai pasangan.

Sampai sekarang bapa saya selalu mimpi..arwah mak. Subhanallah rupanya ada kisah cinta begitu.

Sekarang saya dah berani peluk. Cium. Pegang tangan bapak potong kek.

Sampai sekarang sibuk usahakan kebun kecilnya. Puas saya nasihatkan. Tapi setiap hari tetap nak pergi cangkul.

Membaja. Tanam pokok. Ada jer tambah pokok apa-apa. Banyak lak tu. Siap boleh jual. Asal cuma nak riadah.

Kuat kerja dan suka belanja keluarga. Diri sendiri kasut baju semua taknak beli.

Ya Allah tuhanku ampuni sayangi dan berilah kesihatan yang baik buat bapa. 

Sayangilah arwah ibu di sana. Selamat hari lahir bapakku yang tercinta. – Ebit Lew

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.