Siakap Keli
Gambar: Polis Kota Setar

(Video) “Frontliner” Cekal Jalankan Tugas, Pakat Tahan Khemah Saat Alor Setar Dilanda Hujan Lebat Pagi Tadi Buat Netizen Tersentuh

Bukan mudah untuk ‘kekal’ menjalankan tugas masing-masing sekiranya cuaca semasa tidak menentu, lebih-lebih apabila dilanda hujan lebat.

Lebih menguji lagi, angin ribut yang kuat juga turut datang ‘menyerikan’ lagi suasana getir itu.

Inilah yang sedang dirasai oleh petugas barisan hadapan (frontliner) polis dan tentera di Alor Setar pada ketika ini.

Menurut video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di laman Facebook Polis Kota Setar pagi ini, kelihatan mereka yang sedang berkawal terpaksa menahan khemah kawalan daripada diterbangkan angin kuat.

Dalam masa sama, mereka sanggup bermandi hujan demi melaksanakan tugas untuk negara.

Hujan lebat di Alor Setar pagi ini. Semoga hujan ini memberi rahmat kepada hambaNya..

آمِيّن…ْ آمِيّنْ… آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-rata mendoakan keselamatan para petugas barisan hadapan itu.

Sumber: Polis Kota Setar

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.