Siakap Keli

“Atas Jalan Raya Ni Bukan Macam Main Saidina Bang,” Azizulhasni ‘Tegur’ Penunggang Basikal Hormati Pengguna Jalan Raya

Siapa yang tidak kenal dengan jaguh pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang memberi teguran ‘manja’ buat penggiat sukan kayuh basikal yang kini menjadi sukan ‘trend’ yang digemari ramai.

Demi menjaga keselamatan sesetengah penunggang basikal yang terdedah dengan bahaya di mana mereka berkayuh di jalan raya yang sesak. Jadi, sebagai seorang wira, beliau rasa bertanggungjawab untuk kongsikan beberapa ‘nasihat’ yang baik kepada ahli berbasikal yang lain.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebooknya memberi nasihat dan teguran yang berguna untuk masyarakat yang terdedah dengan sukan berbasikal. Nasihat ini sangat berguna untuk kurangkan risiko kemalangan atau perkara yang tidak diingini.

Biarpun isu lesen dan plat tu masih panas, disini saya nak sentuh sedikit isu asas keselamatan bagi kaki basikal di Malaysia. Ada dikongsikan oleh rakan-rakan dan kaki basikal akan video segelintar mereka yang berkayuh di jalan raya secara sembrono. Ada juga yang melanggar lampu isyarat dan sebagainya.

Di atas jalan raya ni bukan macam main saidina bang. Kalau tersilap boleh repeat balik. Masyaallah, cukuplah dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Atas jalanraya ni kita silap sikit je, malang bau nya.

Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif, Tolong patuhi peraturan jalan raya! Hormati pengguna jalan raya yang lain serta pastikan anda ikuti langkah keselamatan yang sepatutnya.

Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya. Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana?

Harus di ingat, kita ni hanya beroda dua saja, paling berat pun mungkin 100kg je pun jika nak dibandingkan dengan kenderaan lain yang empat tayar dan minimum weight nya adalah 1000kg. Tu belum kira lori, bas dan sebagainya lagi.

Gambar sekadar hiasan

1. Kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag.

Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag. Bila berkayuh dalam group kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn.

2. Jangan lupa untuk beri isyarat nanti naya member dekat belakang

Begitu juga dengan kayuhan dalam group besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan. Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan diatas jalanraya, jangan lupa untuk beri isyarat nanti naya member dekat belakang, tonggang langgang jatuh, bekok cobong muke member nanti.

Gambar sekadar hiasan

3. Lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang dan tolonglah berhenti bila lampu merah.

Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Paling penting sekali, tak kira lah korang tengah cruising ke, tengah high speed ke hatta tengah memecut dan sedang membayangkan korang adalah Peter Sagan tak pun Celeb Ewan, tolonglah berhenti bila lampu merah. Tak rugi satu sen pon kalau timing korang slow ke, tertinggal dari group ke ataupun yang jenis concern data-data powermeter tak pun strava ni ke, yang penting nyawa anda tak melayang.

4. Tolong respect pengguna jalan raya yang lain

Yang terakhir, tolong respect pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’. Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impak die nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang kalau dah marah most of the time hilang pertimbangan. Maka perlulah ada integrasi sesama pengguna yang lain seperti mana kita hidup berintegrasi sesama kaum dan bangsa di Malaysia ni.

Sekian. Respect is Earned, Not Given.

 

Sumber: Azizul Hasni

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang