Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 51 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 315 bersamaan dengan 91.62%.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham, sebanyak 20 kes baharu Covid-19 telah dicatatkan hari ini termasuk 17 kes tempatan dan 3 kes import. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 10, 167 kes dengan 722 kes aktif.
Kes tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 9 kes termasuk 8 dari Kluster Sungai.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan bagi kes kematian pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 130 bersamaan 1.28%.
Sumber: Noor Hisham Abdullah