Siakap Keli
Gambar Via BNO News

(Video) Tembakan Besar-besaran ’Gemparkan’ Rochester, New York, Dipercayai 13 Orang Ditembak Dan 2 Maut

Satu kejadian tembakan besar-besaran dilaporkan telah berlaku di Rochester, New York,  hari ini dengan 13 orang mangsa dipercayai telah ditembak.

Menurut laporan BNO News, kejadian yang dilaporkan bermula tepat sebelum jam 12.30 pagi waktu tempatan itu berlaku berdekatan dengan Goodman Street dan Pennsylvania Avenue.

Namun, maklumat terperinci mengenai kejadian tembakan itu masih lagi tidak diketahui dan tiada laporan mengenai status penembak.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya 13 orang dipercayai telah ditembak termasuk dua orang yang telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan Timesnownews, polis masih belum mendedahkan maklumat mengenai keadaan dan bilangan mangsa-mangsa lain.

Sumber: BNO News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa