Kasih seekor ‘Oyen’ yang tetap setia di kubur arwah tuannya yang telah meninggal dunia menyentuh perasaan ramai. Lebih meruntun hati, kucing tersebut tidak pernah jemu ‘menjenguk’ ‘tuannya dari hari pertama arwah pergi sehingga dua tahun pemergiannya.
Menerusi perkongsian oleh Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group), kucing oyen yang diberi nama Nana itu adalah kepunyaan arwah abahnya.
Menurut Hazlynn, setiap kali mereka sekeluarga menziarahi kubur arwah, Nana mesti ada menemani mereka. Malah, Nana akan berulang setiap hari melepaskan rindu pada tuan di kubur berkenaan yang terletak berdekatan rumah mereka. Sebak! Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
The Oyen. Jantan tapi nama Nana.
Dua tahun lebih pemergian arwah Abah, masih setia. Dari tanah kubur merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat arwah Abah.
Gambar hari pertama. Dia lagi awal dari anak-anak abah..
Setiap kali ziarah Abah, Nana mesti ada..
Tiap-tiap pagi Nana balik rumah mesti kaki basah kena embun, baru balik dari kubur Abah..
Kubur ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk mintak makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari kubur.
Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing.
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen, turut meluahkan rasa sayu mereka. Ramai yang bersedih melihat kesetiaan seekor binatang terhadap tuannya seolah mengerti apa yang berlaku.
Sungguh mulia tuannya menjaga dia
Ya Allah, terharunya..
Betapa sayangnya Nana pada arwah
Sumber: Hazlynn Nozi via Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group)