Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar sekadar hiasan

Sarjan Polis Didenda RM20,000 Terima Wang Berhubung Kes Dadah

Sha Rossa

MELAKA, 21 Sept (Bernama) — Seorang sarjan polis didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pilihan iaitu menerima wang RM4,000 daripada seorang wanita berhubung kes dadah, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azani Mohd Khalid, 34, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, selepas menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Dia didakwa sebagai penjawat awam telah menerima wang tunai RM4,000 daripada seorang wanita, di Jalan Bidara Permai 5, Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Alor Gajah, pada 1.30 tengah hari, 9 Okt 2019.

Wang itu didakwa berkaitan tugas rasmi tertuduh sebagai Pegawai Penyiasat kes seorang lelaki yang disiasat, di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 4 Okt 2019, tertuduh menghubungi seorang wanita yang merupakan ibu kepada lelaki yang disiasat berhubung kes dadah, untuk memaklumkan anaknya direman sehingga 7 Okt 2019 sebelum menyatakan anaknya boleh dilepaskan, dengan menyerahkan RM4,000 kepadanya.

Wanita itu merayu agar bayaran itu dikurangkan, kerana jumlah tersebut terlalu tinggi dan tidak berkemampuan, namun tertuduh menyatakan bayaran itu sudah ditetapkan dan tidak boleh dikurangkan.

Berdasarkan rakaman perbualan di telefon bimbit, tertuduh memberitahu wanita itu agar menyerahkan bayaran wang tunai itu selewat-lewatnya 9 Okt 2019, dan tertuduh menyatakan akan hadir sendiri ke rumah wanita itu untuk mengambil bayaran tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat dan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Syakila Yaacob, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Strok.

Pada 27 Feb lepas, Mohd Azani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperoleh suapan RM4,000 untuk diri sendiri daripada seorang wanita mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA