Setiap daripada kita bergelut untuk meneruskan hidup. Ada yang tidak bernasib baik, terpaksa mencari rezeki dengan apa cara sekalipun walau sesukar mana asalkan halal untuk menyara keluarga.
Seperti perkongsian oleh seorang individu Dinie Shazwi di Facebook Penduduk Sungai Petani (PSP) mengenai pekerjaannya dahulu sebagai seorang penjual keropok di jalanan.
Menerusi perkongsian tersebut, dia meminta maaf kepada semua mereka yang tidak selesa akan kehadirannya yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang orang ramai ketika dia menghampiri mereka untuk menjual keropoknya.
Namun siapa sangka, bermula dari kesusahan dia kini berjaya membuka sebuah kedai hasil kegigihan nya mencari rezeki tanpa menghiraukan perasaan malu.
Assalammualaikum.. kawan-kawan PSP.
Ingat lagi tak. Saya jual keropok sambil membawa bakul? Bakul yang penuh berisi keropok. Saya sebenarnya nak minta maaf kepada kawan-kawan PSP semua atas kehadiran saya jual keropok dahulu.
Anda tengah menjamu selera bersama keluarga tiba-tiba saya muncul datang di tepi anda. “Assalammualaikum.. saya minta maaf encik ganggu encik makan. Saya jual keropok sebungkus 2 ringgit..” Tersengih-sengih saya dihadapan anda.
Saya minta maaf atas kehadiran saya menjual keropok secara meja ke meja selama 2 tahun. Saya minta maaf kerana menggangu kawan2 PSP semua menjamu selera. Banyak dosa saya dengan kawan-kawan PSP. Maafkan saya ya..
Sungguhpun begitu, dalam masa 2 tahun. Saya berjaya dapat kumpul sedikit modal untuk mulakan semula perniagaan Udang Mayo yang sekarang.
Modal ilmu, pengalaman, motivasi dan semangat. Semua ini saya dapat di jalanan. Menjual keropok secara meja ke meja.
Kepada tuan-tuan kedai di At Satey semeling, Medan selera taman ria, street food lagenda height, peniaga2 di uptown yang memberi kebenaran saya menjual di premis anda. Saya nak ucapkan terima kasih. Anda banyak menyokong saya. Terima kasih.
Hari ini saya sudah ada premis perniagaan seperti anda.Dalam masa saya menjual keropok saya berangan-angan nak ada kedai. Hari ini sudah tercapai impian saya.
Selain itu juga saya akan kembangkan lagi perniagaan di Taman Sejati. Alhamdulillah. Syukur Allah bagi juga saya perniagaan yang bagus buat saya. Rezeki.
Ada semua adalah idola saya. Yang pernah membantu saya saat kesusahan dan kemiskinan. Saya berjanji. Saya akan berusaha sampai berjaya.
Terima kasih para pembeli keropok saya dahulu. Terima kasih. Bagi yang belum tahu lokasi kedai Udang Mayo. Saya berniaga di dalam foodcourt garden station (sebelah tesco bakar arang). Saya mula berniaga jam 5 petang sampi 11.30 malam.
Sumber: Dinie Shazwi via Penduduk Sungai Petani (PSP)