Siakap Keli
Gambar via Pet WebMD/Ella Ahmad

Guna 3 Bahan Saja, Petua Boleh Cuba Elak Kucing Kencing Dan Berak Merata Tempat Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Tidak dapat dinafikan bahawa kucing menjadi haiwan peliharaan yang sentiasa mendapat perhatian.
Pun begitu, salah satu perkara yang paling dirisaukan apabila memelihara kucing adalah apabila haiwan peliharaan tersebut membuang air besar di merata-rata tempat.
Jangan risau kerana Ella Ahmad mempunyai cara untuk menghalang kucing membuang air besar di merata-rata tempat termasuk di tempat bangsal kereta.
Ikuti perkongsiaannya di bawah ini.
Kencing/tahi kucing bersepah2 kat car porch..
Pernah tak jadi camni? Yg letak air merah dlm botol dh tak jalan..kucing skg dh sekolah..
Ok iols nk share ape yg iols buat supaya kucing2 ni x berak/kencing kat car porch..
P/s : resepi buat sendiri je pk logik akal..resepi dlm setiap pic ye..jgn rsau simple nau2..

Resepi :

1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dy masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kt tempat yg disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sbb nak bg wangi ckit je, sbb kalau letak cuka je nt bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la ckit baunye..)
3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)
Gambar Via Ella Ahmad

Bekas spray beli kat kedai eco je..

Gambar Via Ella Ahmad

Ha dh isi sume bahan dlm ni goncang2 kan dah bley spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak..alhamdulillah setakat ni car porch sis dh bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rse nk pengsan.. spray laa 2hr sekali..kalau rajin, spray hari2 pun x pe..selamat mencuba guys..

Gambar Via Ella Ahmad

Spray tersebut boleh dibeli di kedai Eco ataupun boleh dapatkannya menerusi dalam talian di SINI.

Sumber: Ella Ahmad

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa