Siakap Keli
Gambar: Fairuz Fawzi

“Kasut Ni Punca Aku Tak Cukup Nafas Pagi Tadi”, Lelaki ‘Gugup’, Isteri Jumpa Kasut Perempuan Dalam Kereta & Akhirnya ‘Misteri’ Terjawab

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Encik-encik suami kalau bawa kereta, lepas tu isteri terjumpa kasut perempuan lain kat bawah kerusi, agak-agak apa perasaan waktu tu?

Tipulah kalau tak gementar. Masa itulah dahi mula berpeluh, mulut menggigil nak cakap perkara sebenar.

Nak jujur, takut makan diri. Nak berhelah, takkan dapat lari ke mana. Orang wanita memang hebat dalam menyiasat sampai ke lubang cacing.

Tapi apa yang berlaku pada Fairuz Fawzi ini betul-betul mencuit hati, boleh pula ‘muncul’ satu kasut wanita entah siapa-siapa punya dalam keretanya.

Lebih mendebarkan, yang jumpa itu bukan dia tapi isterinya sendiri.

Bacalah sedikit pengalaman kisah benarnya ini. Betul-betul ‘plot twist‘.

Gambar: Fairuz Fawzi

Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa aku pun ingat kasut dia.

Menggelabah tanya mak tanya semua orang siapa punya kasut.

Tenang-tenang je adik pompuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia.

Bini gua muka dah tak macam orang dah.

Gambar: Fairuz Fawzi

Ingat adik-adik perempuan jangan buat abang korang macam  ni.

Silap-silap abang korang ke mahkamah pakai songkok dengan speck mata hitam karang.

Kalau tinggal kasut, tudung waima pin tudung sekalipun tolong bagitau!

Fitnah akhir zaman ni seram.

Gambar: Fairuz Fawzi
Gambar: Fairuz Fawzi

Sumber: Fairuz Fawzi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.