Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pandemik COVID-19 Sebabkan Enam Juta Hilang Pekerjaan Di Peru

LIMA, 25 Sept — Lebih daripada enam juta rakyat Peru tidak bekerja akibat pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Tenaga Kerja Javier Palacios pada Khamis.

Sejumlah lapan peratus daripada 32 juta penduduk Peru menganggur, dengan kadar pengangguran di Lima mencecah 15 peratus di Lima, kata Palacios.

Institut Perangkaan dan Informatik Nasional baru-baru ini melaporkan sejumlah 6,720,000 warga Peru kehilangan pekerjaan kerana kegiatan ekonomi yang suram berikutan pandemik COVID-19.

Pemerintah Peru telah mengambil langkah-langkah ketat untuk mencegah penularan penyakit ini tetapi secara beransur-ansur mengaktifkan kembali ekonomi.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: Aqmal Ezany
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "