Siakap Keli
Gambar Via Aisyaj

(Video) Tak Lekang Puji Roti Buatan Isteri, Ramai Kagum Lihat Kesungguhan Pak Cik Ini Jual Roti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berbicara mengenai rezeki, sememangnya tiada manusia yang mampu menjangkakan setiap bahagian yang bakal diperolehi oleh diri masing-masing.

Namun, setiap orang sentiasa diseru untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan kerana ia pasti akan membuahkan hasil.

Seperti seorang pak cik penjual roti ini yang dilihat sangat bersemangat ketika menjual roti-rotinya.

Menariknya, perkongsian video berkaitannya yang dimuatnaik oleh Aisya di laman Twitter telah mendapat perhatian kerana pak cik tersebut tidak jemu untuk memuji roti yang dibuat oleh isterinya.

Menjual 22 jenis roti, pak cik itu juga mempromosikan jualannya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Menurut Aisya, dia menemui pak cik itu di RNR Sungai Buloh dan kagum dengan caranya yang tidak henti memuji roti yang dibuat oleh isterinya.

Difahamkan sudah 11 tahun meniaga di situ, sifat ramah dan sikap pak cik itu ketika menjual rotinya sememangnya diakui oleh warga net lain yang juga memuji kelembutan roti yang dijual.

Ternyata, sikap dan semangat yang ditunjukkan mampu meninggalkan kesan pada orang ramai, semoga pak cik dan keluarga dimurahkan rezeki selalu.

Sumber: Aisyaj

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa