Siakap Keli

Dari Penjual Pisang Goreng, Makcik Kiah Kini Berjaya Buka Kedai Runcit Online 24 Jam

Ketika dunia sedang berperang dengan ‘musuh’ tidak nampak iaitu pandemik Covid-19, Malaysia juga turut mengalami masalah yang sama sehingga ke hari ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytihar pada 18 Mac 2020, rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah untuk meneruskan kehidupan seharian. Peniaga-peniaga kecil mengalami kerugian yang kritikal sehingga ada yang terpaksa menutup terus perniagaan mereka kerana sudah tidak mampu menanggung kerugian.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kiah yang menjana pendapatan daripada jualan pisang goreng turut mengalami kesukaran untuk berniaga. Namun, kecekalan yang dihadapi Makcik Kiah untuk tetap kuat meneruskan perniagaannya telah membuka satu peluang baharu untuk beliau apabila Makcik Kiah menggunakan modal yang ada untuk membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.

Ketika PKP sudah memasuki fasa PKP Pemulihan, Makcik Kiah merasakan beliau perlu mengiklankan perniagaan menerusi platform atas talian untuk menambah pendapatan sedia ada. Ini juga kerana, pembeli sudah lebih selesa membeli barangan dapur secara online. Ini yang membuatkan Makcik Kiah menemui satu platform terbaik untuk beliau membuka Kedai Runcit Online 24 jam.

 

Platform yang ditemui oleh Makcik Kiah adalah Exabytes. Exabytes baru sahaja melancarkan program Sama-Sama Digital yang datang dengan dua jenis pelan iaitu ALL-IN-1 Ecommerce Solution dan ALL-IN-1 Digital Solution untuk membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) meluaskan perniagaan mereka ke pasaran digital. ALL-IN-1 Ecommerce Solution hanya perlu bermodalkan RM199 sahaja untuk peniaga yang baru nak memasuki pasaran online, Makcik Kiah sudah boleh memasarkan produk runcitnya ke dalam platform Exabytes menerusi program Sama-Sama Digital.

Program ini turut disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MYNIC dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Bagi yang sudah sedia memiliki perniagaan dalam talian boleh meluaskan perniagaan menerusi pelan ALL-IN-1 Digital Solution hanya memerlukan modal RM2,000 sahaja. ALL-IN-1 Business e-Solutions ini juga memberi panduan untuk Makcik Kiah dengan menggunakan formula 5-O untuk Makcik Kiah. 5-O tersebuat adalah:

  1. Online/Web Presence
  2. Online Team Collaboration
  3. Online Sales & Marketing
  4. Online Customer Management
  5. Online Data Analysis

Dengan panduan 5-O ini bakal memudahkan Makcik Kiah untuk bisnes kedai runcitnya berkembang maju menerusi pasaran online. Mak Cik Kiah juga sudah memiliki premis perniagaan sendiri dan sudah menjalankan servis Kedai Runcit Online 24 jam. Pelanggan hanya perlu membuat pesanan dan barang-barang akan dihantar ke rumah.

Sebenarnya yuran untuk pelan ALL-IN-1 Ecommerce Solution ini ialah RM2,399 tetapi pihak Exabytes memberikan subsidi sebanyak RM1,580, EKUINAS memberi subsidi sebanyak RM500 dan MYNIC memberi subsidi sebanyak RM120 menjadikan jumlah subsidi ialah RM2,200. Maka yuran selepas subsidi hanya RM199. Manakala, untuk pelan ALL-IN-1 Digital Solution adalah RM12,000 tetapi EKUINAS dan MDEC memberikan subsidi berjumlah RM10,000 maka yuran selepas subsidi hanya RM2,000.Hanya 2,200 slot sahaja dan Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2020. Jangan lepaskan peluang ini untuk luaskan perniagaan anda ke pasaran digital kerana dunia ketika ini berlandaskan platform atas talian. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Elmy Lee melalui WHATSAPP atau layari web EXABYTES.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.