Siakap Keli

Disangka Makanan, Nenek Tak Sengaja Beri Cucu Minum “Hand Sanitizer”

MANITOBA, KANADA: Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dengan tidak sengaja diberi makan pembasmi kuman ‘hand sanitizer‘.

Kejadian berlaku setelah ibunya sedang berbelanja dengan suaminya di suatu pusat beli-belah dan mereka terlihat suatu bungkusan pembasmi kuman yang sangat comel dan bersesuaian untuk anaknya bawa ke sekolah.

“Saya sama sekali tidak menganggap bahawa bungkusan itu adalah makanan”, kata ibunya.

Kejadian ngeri itu berlaku setelah neneknya bersangka bahawa bungkusan itu adalah sesuatu makanan dalam bentuk cecair, langsung memberikan kepada bayi itu untuk dimakan.

Setelah itu, kesan daripada makan pembasmi kuman itu telah menyebabkan bayi itu batuk dan wajahnya menjadi kemerahan.

Panik melihat kejadian itu, neneknya segera memanggil jiran dan menghubungi talian 911 untuk mendapatkan bantuan.

Selepas rawatan diberikan, mangsa disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang signifikan.

Sumber: The Sun

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.