Dalam aktiviti mendeko rumah, ruang untuk meletakkan televisyen juga perlu dititikberatkan kerana ia menjadi tumpuan utama bukan sahaja bagi pemilik rumah sendiri malahan bagi tetamu juga.
Seperti yang diketahui, kebanyakan televisyen pada masa kini digantung pada dinding.
Bagi yang masih mencari inspirasi mengenai bagaimana untuk menggantung televisyen dan memastikan kabel tidak kelihatan serabut, anda boleh mengikuti perkongsian yang dimuatnaik oleh Nurul Syuhada Mazlan ini.
Tampak simple namun kemas dan menjimatkan ruang, Nurul menggunakan barang terpakai seperti kayu dan papan lama untuk membuat panel televisyen. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.

Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.
https://m.facebook.com/groups/129595904555193?view=permalink&id=679556246225820

Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.

Bahan-bahan yang diperlukan.
Sama je macam yang saya post untuk buat accent wall sebelum ni.
https://m.facebook.com/groups/129595904555193?view=permalink&id=679556246225820

Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.

Tampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.

Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah benor nak potong.

Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.( lubang satu lagi xda gambar, tp tebuk kecil saja, muat2 wayar masuk)

Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru.(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak)

Untuk kerja finishing:
-Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
– Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.

-Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas.
-Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.

Siap untuk di cat.


Sumber: Mazlan Nurul