Lima orang nelayan didakwa telah memperkosa seorang wanita yang pengsan berhampiran sungai hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia, lapor Tribun News.
Kelima-lima suspek yang berusia lingkungan antara 20-an dan 40-an itu dikatakan telah menemui mangsa terbaring di tepi Sungai Betung, Desa Talng Tangsi, Kecamatan Pajar Bulan namun tidak membantu wanita itu, sebaliknya mereka telah didakwa telah memperkosanya secara bergilir-gilir.
Menurut pengakuan suspek, mereka pada ketika itu sedang menjala ikan di sungai tersebut sebelum menemui mangsa yang terbaring di atas batu.
Memetik laporan Tribun News, mereka juga tidak tahu mengapa mangsa berada di tepi sungai tersebut.
Menurut ketua polis Lahat, AKBP Achmad Gusti Hartono, kejadian itu terbongkar apabila penduduk di situ melaporkan penemuan mayat mangsa.
“Dari hasil bedah siasat, terdapat kesan yang mencurigakan pada badan mangsa yang menyebabkan kejadian pembunuhan itu,” katanya.
Gusti memaklumkan bahawa selepas pemerkosaan itu, kelima-lima pelaku cuba untuk memindahkan mangsa ke batu.
Pada ketika mangsa diangkat, mangsa tiba-tiba terlepas dari genggaman hingga terjatuh dan menyebabkan kepalanya terhentak.
Tiga suspek dilaporkan telah ditangkap pada 24 September lalu manakala dua lagi masih diburu. Ketiga-tiga pelaku telah mengakui perbuatan mereka.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa mangsa berada di tebing sungai yang jauh dari penempatan, Gusti menjelaskan bahawa mangsa tidak pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum ditemui mati.
Bagaimanapun, mangsa disyaki mengalami kemurungan kerana tinggal atau berpisah dengan suaminya.
Sumber: TribunNews