Siakap Keli
Gambar: Siti Raudzah Ghazali

“Mana Korang Semua Dik?”, Dakwa Airport Lengang, Wanita Ini Sayu Terfikir Nasib Pekerja-pekerja Yang Terjejas Akibat Pandemik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Musim’ pandemik selama 10 bulan ini menyaksikan begitu ramai insan kehilangan pekerjaan akibat kejatuhan ekonomi.

Baik kerja-kerja di sektor perkilangan, pembuatan, makanan, perladangan, perniagaan mahupun penerbangan, hampir semuanya merasai impaknya.

Tidak dapat dinafikan, suasana di lapangan terbang pada hari ini tidak lagi semeriah dulu. Ianya berbeza, sedikit sunyi dibayangi virus yang masih berlegar menjarah realiti.

Hari ini, pengguna Facebook bernama Siti Raudzah Ghazali berkongsi rasa luahan hatinya yang bersimpati dengan keadaan pekerja-pekerja penerbangan yang ‘makin hilang’.

Mari ikuti luahan ini.

Gambar: Siti Raudzah Ghazali

Mana korang semua dik? Selalunya masa ni, akak ralit perhatikan korang semua sibuk memeriksa kapal terbang.

Pekerja Petronas Dagangan sibuk mengisi minyak. Pekerja Brahim Catering sibuk memuat naik hidangan makanan. Pekerja MAB sibuk menghantar beg ke perut kapal terbang.

Anak-anak ada susukah dik? Ibu ayah di kampung ok ke? Isteri masih bekerja ke? Korang ok ke dik?

Dik, stay strong. Jaga anak-anak dan isteri bebaik ya. Jangan gaduh. Jangan marah-marah. Bersabar ya.

Allah SWT sahaja yang tahu hati kalian. Korang kena kuat. Akak doakan kalian cekal. Hanya dari kejauhan.

Sumber: Siti Raudzah Ghazali

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.