Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Gempar Jumpa Bom Tangan Lama Ketika Mesin Rumput

KAMPAR, 30 Sept (Bernama) — Seorang lelaki terkejut apabila menemukan sebutir bom tangan lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ketika sedang memotong rumput di kawasan dusun, Jalan Kampung Dusun Seribu, Sungai Itek, Gopeng di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bom berukuran 11 sentimeter (sm) panjang dan 21 sm ukur lilit itu pada kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Hasil siasatan di tempat kejadian dan temu bual dengan pemilik mendapati kawasan penemuan objek disyaki bom tangan itu adalah kawasan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakannya kira-kira sejak empat tahun lepas.

“Bom itu ditemukan ketika anak lelakinya sedang memotong rumput sebelum terkena pada objek berkenaan lalu mereka segera menghubungi Balai Polis Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah tiba di lokasi kejadian pada pukul 2 petang mengesahkan bom tangan itu adalah jenis ’hand grenade fuzes’ dan dalam keadaan berkarat.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa bom tangan itu pernah dijumpai sebelum ini dan ia telah dimusnahkan di Kampung Tersusun Baru pada pukul 2.50 petang tadi.

“Bom berkenaan telah diletupkan setelah mengambil kira aspek keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam proses tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.