Siakap Keli

Lelaki Pukul ‘Jiran’ Bilik Sebelah, Dipercayai Terganggu Dengan Bunyi ‘Pinggan Sudu’ Belaga Ketika Jirannya Makan

CHONBURI, THAILAND: Dua orang pekerja binaan cedera setelah berlaku pergaduhan sesama mereka disebabkan bunyi ‘makan terlalu kuat’.

Kejadian berlaku di Mueang Chonburi.

Kedua-dua iaitu mangsa berusia 43 tahun dan suspek berusia 26 tahun tinggal dalam rumah yang sama tetapi bilik berbeza.

Kejadian berlaku setelah suspek menegur mangsa kerana makan terlampau kuat.

“Saya sedang makan berseorang di dalam bilik, tiba-tiba suspek yang biliknya bersebelahan dengan bilik saya berteriak kepada saya kerana bunyi ketika saya makan terlampau kuat ‘bunyi hentakan antara sudu dengan pinggan’ “, kata Sutket.

“Saya berteriak balik lalu berkata, kita tinggal dalam bilik yang berbeza, jangan sibuk. Suspek menyuruh saya untuk berpindah tetapi saya tidak mahu, Selepas itu, dia masuk ke dalam bilik saya dan memukul saya dengan tukul dan pergaduhan berlaku,” kata mangsa.

Pada masa yang sama, suspek berkata kepada polis bahawa dia tidak boleh tidur disebabkan mangsa makan dengan bunyi yang sangat kuat dan perkara itu bukan kali pertama yang berlaku. Sebelum ini suspek sudah menegur mangsa untuk lebih senyap ketika makan.

Polis Mueang Chonburi akan menyiasat kes ini dan menentukan denda yang wajar diberikan kepada mereka berdua.

Sumber: The Patayya News

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.