Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 28 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 967 bersamaan 88.8%.
Menerusi kenyataan di Twitter, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 89 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini termasuk 86 kes tempatan dan 3 kes import. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 11, 224 kes dengan 1, 121 kes aktif.
Terkini. 30 Sept. Ringkasan kes baharu #COVID19.
🔵89 kes – 86 tempatan, 3 import.
🔵Kes tertinggi Sabah (35), Kedah (13), Selangor (10), Johor (8).
🔵Satu kluster baharu di Kedah.
🔵 2 kematian – Kedah (1) dan Sabah (1).— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 30, 2020
Terdapat pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini iaitu sebanyak 2 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 136 bersamaan 1.21%.
Maklumat dua kes kematian adalah seperti berikut.
Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, September 30, 2020
Terkini COVID-19; 30 Sep 2020
Jumlah discaj baru:28
Jumlah kumulatif:9967 (88.8%)Jumlah kes baru;89
Jumlah kumulatif:11224
Jumlah kes aktif:1121Kes tempatan:86 (84WN, 2BWN)
Kes import:3 (3BWN)Jumlah kematian:2
Jumlah kumulatif:136 (1.21%)Kes di ICU:16
Pesakit intubated:3 pic.twitter.com/TjJX3zy5Ze— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 30, 2020
Sumber: Noor Hisham Abdullah