Siakap Keli
Gambar Hiasan Via UCL

Wanita Dilapor ‘Serang’ Lelaki Didakwa Cuba Rogol Bayi Perempuan Berusia Tiga Bulan

Seorang wanita mendakwa telah melawan seorang lelaki yang cuba untuk memperkosa bayi perempuannya yang berusia tiga bulan di rumahnya sendiri, lapor Mirror.

Suspek dipercayai telah memecah masuk rumah wanita itu setelah suaminya pergi bekerja dan ditemui di dalam bilik anak kecilnya dengan seluar yang melorot ke bawah.

Kejadian itu berlaku di bandar Vila Natal di negeri Sao Paulo, Brazil pada 20 September lalu.

Suspek telah dipukul oleh wanita tersebut sehingga menyebabkan tangannya mengalami kecederaan sebelum dia ditangkap oleh jiran-jiran. Kes itu telah didaftarkan sebagai cubaan merogol.

Ibu berusia 30 tahun itu juga berkata bahawa semasa kejadian dia mendengar anjing menyalak dan bunyi seseorang berjalan di bilik lain.

“Saya sangat takut, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan saya menghantar pesanan suara kepada salah seorang jiran dengan berkata bahawa ada seseorang di rumah saya.

“Ketika saya pergi melihat apa yang sedang terjadi, dia sudah melewati ruang tamu dan memasuki bilik anak perempuan saya dengan seluarnya yang melorot turun,” katanya.

Tambahnya, dia terus meminta pertolongan sebaik sahaja dia ternampak lelaki tersebut memasuki bilik. Suspek kemudian berlari ke arahnya dan cuba menutup mulutnya dengan tangan untuk menghentikannya menjerit.

“Saya tidak dapat berfikir apa-apa, ia merupakan tindakan naluri keibuan, saya tidak boleh membiarkannya mendekati anak perempuan saya,” katanya.

Sumber: Mirror

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.