Siakap Keli

“Nak, Maafkan…”, Budak Ditemui Dengan Sekeping Nota, Dipercayai Dibuang Ibu Kerana Selalu Buat Masalah

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dengan kesan luka ditemui di stesen minyak di Kecamatan Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan, Riau dengan sekeping nota dipercayai dibuang ibu sendiri kerana selalu buat masalah.

Berita penemuan kanak-kanak berkenaan sempat menjadi viral di media sosial Selasa lepas.

Menurut Kompas, kedua-dua orang tua kanak-kanak tersebut akan dipanggil oleh pihak polis bagi mengetahui sama ada kanak-kanak berkenaan benar dibuang atau turut menjadi mangsa penderaan.

Berdasarkan pemerhatian polis terhadap mangsa, memang terdapat kesan-kesan luka yang menandakan kanak-kanak tersebut menjadi mangsa penderaan.

Menerusi nota yang ditinggalkan bersama kanak-kanak tersebut dipercayai ditulis ibunya sendiri menyebut:

”Nak, maafkan mama ya. Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana tidak sanggup melihat kamu menderita dan tersiksa kerana kenakalan kamu. Setiap hari kamu bikin masalah.

”Maafkan ibu nak, semoga kamu baik-baik saja,”.

Sumber: Kompas

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.