Siakap Keli
oyen anjing
Gambar: LAD Bible

(Video) Oyen Pasrah, Anjing Selamba Duduk Atas Kepala

Nama “Oyen” sering dikaitkan dengan kucing yang selamba, berani dan ‘gangster’, walaupun ketika berhadapan dengan anjing.

Namun, kali ini kegangsteran Oyen tergugat apabila seekor anjing dipercayai spesies dalmatian ‘mencabar’ kedaulatannya.

Selamba dan tanpa ekspresi, anjing tersebut dilihat duduk di atas kepala si kucing oren yang seakan pasrah tersepit di bawah punggungnya.

“Anjing saya bertindak seolah-olah kucing saya tak wujud”

Menurut Hill Pet, anjing spesies dalmatian dipercayai berasal dari Dalmatia, Croatia. Ia dilahirkan putih sehinggalah tompok hitam mula muncul pada badannya sekitar dua minggu selepas dilahirkan.

Ia juga merupakan anjing yang energetik, sensitif dan gemar bermain. Setia dengan keluarga dan baik dengan kanak-kanak, anjing yang cerdas ini sering dijadikan peneman dan dilatih sebagai anjing pengawal.

Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai memori yang kuat dan boleh mengingati penganiayaan sehingga bertahun-tahun.

Sumber: LADBible, Hills Pet

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.